Sunday, December 26, 2010

Keputusan PMR 2010


Keputusan PMR 2010 telah diumumkan pada 23 Disember yang lalu. Seramai 6 orang pelajar SMK Permata Jaya berjaya mendapat 8A. Seramai 6 orang mendapat 7A. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Teruskan usaha kalian.

Keputusan PMR 2010 terbaik dalam empat tahun 


23/12/2010 


PUTRAJAYA 23 Dis. – Seramai 30,863 pelajar telah mencapai A dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

“Bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek meningkat sebanyak 2,675 orang berbanding tahun lalu.

“Bilangan yang mendapat semua E telah menurun daripada 397 orang pada 2009 kepada 386 orang pada tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment